BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 2, 2010

Hilang fokus

Macam tak best je sejak kebelakangan ni. Suasana kerja pun tak berapa menguja hidup. Maklumlah, era kekurangan budget syarikat, dengan bebanan kos operasi yang meningkat. Harap-harap syarikat dapat menghadapi kegawatan yang melanda. Nampaknya staffs pun tak bersemangat. Hadapi je lah. Untuk tahun ni, dah pertengahan tahun pun, kena kekalkan tekad supaya dapat teruskan hidup. Awal tahun dugaan yang sangat besar, Alhamdulillah dapat kami tempuh.

Tahap kesihatan pun, alhamdulillah, makin meningkat. Cuma nak cari semangat yang lebih untuk buat sesuatu yang lebih baik. Hilang tumpuan masa kerja, dah jadi satu masalah besar. Cuma kawan-kawan nasihatkan, buat aja apa yang terdaya dan termampu. Akan ada masa dan waktu semangat tu datang semula.

Itulah sebabnya mula meluahkan perasaan kat blog ni. Dah lama tak post sesuatu, isteri je yang rajin post. Jadi, untuk meneruskan perjalanan ini, cuba balik semula, mencari apa yang perlu dicari.

Esok pagi Insyirah ada acara sukan .. Taski Al-Jawahir. Pagi tadi Insyirah berlatih. Mesti penat. Tidur awal.

0 comments: