BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 26, 2009

Jelai 4, 1984 kenangan abadi

Kesempatan ini, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada insan-insan yang aku sangat sayang, my beloved wife and lovely daughter; my father and mother as well as my siblings. Ikatan kekeluargaan yang selama ini membuatkan kehidupan aku menjadi satu asas kepada arah dan halatuju hidup aku di dunia ini. Juga rakan-rakan seperjuangan dalam kerja mahupun perniagaan dan politik,

Bermula 1984, sejarah keluarga aku menyertai rancangan tanah Felda, masa itu aku baru berumur 7 tahun, mula bersekolah darjah 1. Awal tahun 1984, aku daftar dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Parit Bingan, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Sekolah di kampung sebelah emak aku kerana kami (pada masa tu adik beradik cuma Kak Lily, aku, Anin dan Elis) tinggal bersama arwah nenek dan atuk. Aktiviti emak dan abah di kampung menguruskan kedai runcit di hadapan rumah arwah nenek dan atuk. Daripada aktiviti perniagaan runcit ini, sebenarnya dah sebati dengan darah aku bidang perniagaan. Mesti mau .. mesti usaha ke arah niaga .. mesti cari lubang atau lowongan perniagaan.

Pertengahan tahun 1984, emak dan abah dapat tawaran menyertai program tanah rancangan Felda. Felda Jelai 4, Gemas, Negeri Sembilan. Sebagai anak, kami ikut saja. Masa tu tak fikir apa-apa, hidup zaman kanak-kanak ... everything leave it to daddy and momma. Makan pun tak tau macam mana nak cari ... once again ... everything leave it to daddy and momma.

Tiba di Jelai 4, dapat rumah kat atas bukit. Jalan masuk tak ada nak naik atas bukit. Orang kampung yang ikut hantar pun aku dah tak ingat. Ramai ler jugak. So, reramai buat jalan then punggah barang naik atas rumah. Keadaan rumah Felda, mungkin ramai yang sedia maklum, satu bilik, satu ruang tamu - living room - satu ruang dapur dan beranda. Alhamdulillah.

Aku mula mendaftar di Sekolah Kebangsaan Jelai 1 (F), kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Jelai 2 (F). Daripada kehidupan sekolah rendah ini aku menjadi salah seorang insan yang bergelar anak felda atau generasi kedua felda. Kak lily pun sama macam aku jugak. Even isteri aku pun sama jugak melalui zaman persekolahan yang sama situasi serta keadaannya. Isteri aku pun anak Felda Jelai 4. Zaman sekolah aku sebenarnya tak ceria sangatlah. UPSR aku dapat 3A 2B. Bolehlah, tak cemerlang mana pun. Then masuk Asrama Semai Bakti Felda Kelana Jaya, bersekolah di Sekolah Menengah La Salle, Petaling Jaya, Selangor (kat Jalan Gasing tu le bawah Bukit Gasing).

Panjang sehhh aku celoteh pasal aku punya background. Kena pergi kerja dulu.

to be continue ....